Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-78: “Tajdid” Memperbaharui Tekad Perjuangan UMNO

1. Pada hari ini 11 Mei, 78 tahun yang lalu dirasmikan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malays National Organisation) dengan tujuan menyatukan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu yang dibatasi oleh sempadan negeri-negeri Melayu yang diperintah oleh Raja Melayu masing-masing. Kesatuan Melayu ini penting bagi membawa negeri-negeri Melayu ini keluar daripada pengaruh Inggeris yang telah bertapak sejak […]

» Read more

Muhasabah Ummah (3)

SETIAP manusia pasti berhadapan situasi sukar dan payah dalam kehidupan. Di saat itu manusia akan menyedari betapa dia bergantung kepada Tuhan untuk merungkai kesempitan. Antara doa “mathur” yang datang dari Nabi (saw) memohon agar dimudah sesuatu yang sukar ialah: اللَّهمَّ لا سَهلَ إلَّا ما جَعَلتَه سَهلًا، وأنتَ تَجعَلُ الحَزْنَ إذا شِئتَ سَهلًا “Ya Allah tiada yang mudah melainkan apa yang […]

» Read more

Muhasabah Ummah (2)

ISTIGHAFAR atau memohon keampunan daripada Allah adalah keperluan seorang hamba kerana setiap hamba tidak sunyi daripada dosa dan kesalahan atau kecuaian. ISTIGHFAR menjadi wajib daripada sebarang dosa kecil atau besar. Ia menjadi sunat untuk memohon ampun atas kekurangan dalam melaksanakan perintah Allah atau atau perkara makruh yang dilakukan. Dosa boleh menjadi sebab kepada rasa dukacita dan pelbagai kesususahan serta kesempitan […]

» Read more

Muhasabah Ummah (1)

NAMIMAH atau Adu Domba dan Hasutan bermaksud “memindahkan kata-kata sesama manusia dengan tujuan merosakkan dan melahirkan permusuhan dan kebencian. Imam Ghazali mendefinisikannya sebagai “menyebar dan membongkar rahsia seseorang yang dia tidak suka dibongkarkan”. Allah Taala berfirman dalam Surah al-Qalam:10-11; وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ مَّهِينٍ (10) هَمَّازٍ مَّشَّاءٍ بِنَمِيمٍ (11) “janganlah kamu patuhi setiap orang yang kuat bersumpah lagi hina, banyak […]

» Read more

Asas Politik Islam

MENURUT Kamus Arab seperti Lisanul Arab, Siyasah atau Politik bermaksud bertindak terhadap sesuatu dengan sesuatu tindakan yang boleh memperelokkannya. Kata Ibnu Nujaim pula dalam al-Bahr al-Raiq, Siyasah ialah sesuatu tindakan oleh pemerintah demi maslahah kebaikan yang dilihat olehnya meskipun tiada dalil khusus mengenainya. Politik Islam pula menurut Ibnu Khaldun ialah membawa seluruh masyarakat berada di atas pandangan syarak dalam perkara […]

» Read more