Mesyuarat Cawangan Ruang Kukuhkan Kesetiaan Demi Perjuangan UMNO Sabah – Jeffery Nor

PUTATAN, 22 April – Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed menyambut baik pesanan dalam ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah menyempurnakan Perasmian Serentak Persidangan Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Putatan, Sabah, pada Jumaat lalu. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata ucapan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa […]

» Read more

Kukuhkan Kesetiaan Demi Kesinambungan Perjuangan UMNO Sabah – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 21 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengimbau kembali ujian demi ujian UMNO Sabah pada satu ketika dan percaya hari ini UMNO negeri berkenaan terus mengorak langkah ke depan. Berkongsi sejarah perit getir berkenaan pada Perasmian Serentak Persidangan Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Putatan, Sabah dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bahagian berkenaan semalam, beliau menegaskan pelbagai […]

» Read more

Dakwaan UMNO Sabah Berpecah Tidak Benar – Jeffery Nor

SANDAKAN, 31 Mac – Tidak timbul isu perpecahan dalam UMNO Sabah dalam menentukan soal kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang. Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata, perkara ini masih di peringkat perbincangan awal, belum dimuktamadkan dan sebarang cadangan berkaitan soal kerjasama bersama parti lain belum dikemukakan kepada Barisan Nasional […]

» Read more

UMNO Sabah Sasar 23 Kerusi Kawasan Pantai Timur Sabah Pada PRN-17

SANDAKAN, 30 Mac – UMNO Sabah menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 23 kerusi bagi kawasan Pantai Timur Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 kelak. Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pihaknya akan bekerja keras untuk menguasai kerusi-kerusi yang telah disasarkan. “Kawasan Pantai Timur dari Semporna ke Kinabatangan mempunyai 28 kerusi. Kami mensasarkan untuk menang di 23 kerusi pada pilihan […]

» Read more

GERAK 17: Bung Moktar Mahu UMNO Sabah Kembali Kukuh Di Persada Politik

TELUPID, 8 Mac – Jelajah Akar Umbi (GERAK 17) kepimpinan tertinggi UMNO Sabah yang diketuai oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin membuka tirainya dengan menjadikan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telupid dan DUN Labuk di Beluran sebagai lokasi pertama ia diadakan. GERAK 17 ini bermula di kawasan zon lima yang akan diteruskan ke DUN Sekong, DUN Sungai Manila dan DUN […]

» Read more

‘Teguh Bersama’ – 33 Tahun UMNO Sabah, Terus Melangkah

HARI ini 21 Februari 2024, genaplah 33 tahun UMNO bertapak di Sabah. Sepanjang tempoh tersebut, UMNO Sabah telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan, suka dan duka yang telah mematangkan makna sebuah perjuangan selaku parti politik di Sabah untuk terus melangkah ke hadapan, berjuang membela bangsa agama dan negara. Memilih slogan ‘Teguh Bersama’, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung […]

» Read more

Semoga UMNO Sabah Istiqamah, Bangkit Demi Perjuangan Agama, Bangsa Dan Tanah Air – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Bersempena ulang tahun UMNO Sabah ke-33 hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan penghargaan kepada kepimpinan dan akar umbi UMNO Sabah yang kekal utuh membawa perjuangan parti. Kata beliau, tekad dibawa mereka itu adalah penting dalam mengangkat peranan parti ini yang sinonim dengan perjuangan demi agama, bangsa dan negara. “Saya ingin […]

» Read more
1 2 3 311