Titah Adendum: Puteri UMNO Sokong Penuh, Sambut Baik Usaha Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 18 April – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyokong penuh di samping menyambut baik usaha Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi untuk memastikan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak memperoleh keadilan sewajarnya. Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, ini jelas menunjukkan komitmen beliau dalam memperjuangkan keadilan buat Najib Razak. “Pergerakan Puteri UMNO Malaysia memberi sokongan […]

» Read more

Ihya Ramadan: Pemuda dan Puteri UMNO Sungai Buloh Santuni Pemandu E-Hailing

KUALA LUMPUR, 5 April – Bersempena bulan Ramadan, Pergerakan Pemuda bersama Pergerakan Puteri UMNO Sungai Buloh telah menyantuni pemandu-pemandu e-hailing dalam program Ihya Ramadan Parlimen Sungai Buloh. Program ini berlangsung selama empat hari berturut-turut di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras dan DUN Kota Damansara dengan sasaran terhadap pemandu e-hailing di kawasan terbabit. Exco Pergerakan Puteri UMNO, Nik Zakirah […]

» Read more

Kongsi Rezeki… Puteri UMNO Anjur Singgah Sahur, Bantu Para Gelandangan

KUALA LUMPUR, 1 April – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berkesempatan untuk berkongsi rezeki dengan menganjurkan program Singgah Sahur dengan menyantuni para gelandangan yang berada di sekitar ibu negara, semalam. Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, program tersebut merupakan acara tradisi Pergerakan Puteri UMNO yang akan diadakan saban tahun pada bulan Ramadan. “Dikala kita bergembira, pasti ada yang berduka. Adalah […]

» Read more

Puteri UMNO Manfaat Nuzul Al-Quran Dengan Program Quran Hour Solidariti Palestin

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia memanfaatkan Nuzul al-Quran dengan pengisian program ilmu iaitu Quran Hour Solidariti Palestin. Program yang dilaksana secara maya dengan aplikasi teknologi google meet menghimpunkan lebih 100 anggota puteri termasuk ahli jawatakuasanya yang sama-sama mengalunkan bacaan surah Yassin. Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dalam ucapannya merakamkan penghargaan atas idea inovatif menggunakan teknologi […]

» Read more

Isu Stoking Kalimah Allah: Zahir Ketegasan… Puteri UMNO Junjung Kasih Titah Agong

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Barisan kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menjunjung kasih di atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menzahirkan ketegasan berhubung isu penjualan stoking kaki yang tertera kalimah Allah di salah satu rangkaian kedai serbaneka KK Mart. Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, ketegasan baginda menunjukkan kebersamaan umat Islam seluruh Malaysia menjaga kesucian agama Islam. […]

» Read more

Stoking Tertera Kalimah Allah: Kecuaian Yang Tidak Seharusnya Berlaku – Puteri UMNO

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyifatkan isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah tidak seharusnya berlaku. Exconya, Firza Syafiqa Mohd Puzi menyifatkan kecuaian yang dilakukan oleh kedai rangkaian serbaneka, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) itu sesuatu yang mengecewakan. “Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merasa amat kecewa dan kesal di atas insiden stokin dengan kalimah […]

» Read more

Pemuda Dan Puteri UMNO Perlu Jadi Nukleus Perubahan Demi Masa Hadapan Negara Lebih Baik – Razlan

ALOR GAJAH, 9 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menegaskan bahawa Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO perlu menjadi nukleus perubahan demi masa hadapan negara yang lebih baik. Katanya, sebagai generasi baharu yang bakal menjamin masa depan negara maka adalah penting untuk golongan terbabit bersedia termasuk memastikan minda yang sentiasa aktif terhadap situasi semasa. “Pemuda […]

» Read more
1 2 3 237