Kerajaan Akan Laksana Kajian Penstabilan Harga Barangan Sabah, Sarawak Dan Labuan

PUTRAJAYA, 8 Mac – Jawatankuasa Penstabilan Harga Sabah, Sarawak Dan Wilayah Persekutuan Labuan, bersetuju untuk melaksanakan kajian penstabilan harga barangan dan perkhidmatan bagi ketiga-tiga wilayah itu. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu, dibuat dalam mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) […]

» Read more

KPF Trading Dalam Proses Muktamadkan Penstrukturan Semula D’Mart – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Mac – KPF Trading Sdn Bhd sedang dalam proses memuktamadkan penstrukturan semula operasi D’Mart dengan model perniagaan baharu yang lebih sesuai dengan komuniti di tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penstrukturan itu melibatkan perbincangan model perniagaan yang membabitkan usaha sama dengan pemain industri yang mampu memacu […]

» Read more

NGO, Korporat Disaran Bantu Golongan Kurang Berkemampuan Menjelang Ramadan, Aidilfitri

SEREMBAN, 8 Mac – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyeru lebih banyak pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), korporat dan swasta untuk mengambil peluang membantu golongan kurang berkemampuan menjelang Ramadan dan Aidilfitri ini. Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pihaknya bersedia untuk bekerjasama memberikan data dan maklumat golongan sasar terbabit bagi memudahkan proses pengagihan bantuan sekali […]

» Read more

Ahmad Zahid Berharap Hubungan Dua Hala Diplomatik Malaysia-Qatar Kekal Utuh

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap hubungan dua hala diplomatik di antara Malaysia dan Qatar kekal utuh. Katanya, menjadi harapan agar hubungan itu memberikan kelebihan dari segenap aspek khususnya dalam memelihara kemaslahatan umat Islam khususnya bagi kedua-dua negara dan dunia secara keseluruhannya. “Saya telah memanfaatkan pertemuan ini […]

» Read more

MARA Rancang Perluas TVET Tahfiz Dengan Perbanyakkan Kursus Jangka Pendek

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Majlis Amanah Rakyat (MARA) merancang untuk memperluaskan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Tahfiz dengan memperbanyakkan kursus jangka pendek bersifat pembelajaran sepanjang hayat bagi memenuhi keperluan pasaran kerja beberapa sektor teknikal negara. Menurut maklum balas bertulis MARA kepada Bernama, perluasan program itu merangkumi bidang elektrik, automotif, reka bentuk fesyen, media digital, perabot, penyaman […]

» Read more

Bersama Bangunkan Ekosistem Keusahawanan Yang Kukuh Dan Berdaya Maju

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua pihak yang berkaitan bersama membangunkan ekosistem keusahawanan yang kukuh dan berdaya maju. Menurut Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu, beliau yakin usaha dan koordinasi dari Sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (MPUPK) akan memperkemaskan lagi sinergi dalam menyokong para […]

» Read more

Isu Tuntutan 40 Peratus, Bung Moktar Cadang Kerajaan Pusat Dan Negeri Bentuk Jawatankuasa Penilai Bebas

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah agar melantik satu jawatan kuasa pentaksir/penilai bebas dalam menyelesaikan isu tuntutan 40 peratus hasil negeri Sabah dikutip Kerajaan Persekutuan yang seharusnya dikembalikan kepada Sabah yang belum ada penyelesaian secara tuntas. Beliau berkata cadangan ini selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan […]

» Read more

Johari Bertemu Pengurus Dana Dan Pelabur Institusi Berkongsi Potensi Minyak Sawit

PERTEMUAN DENGAN PENGURUS-PENGURUS DANA, PELABUR INSTITUSI

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengadakan pertemuan bersama Pengurus-pengurus Dana dari pelbagai pelabur institusi pada Khamis di Menara CIMB, KL Sentral di sini. Dalam sesi bersama Pengurus-pengurus Dana itu, Johari yang juga Naib Presiden UMNO telah berkongsi kepada mereka mengenai potensi minyak sawit yang sentiasa menjadi keperluan dunia dalam pelbagai produk. […]

» Read more

Terima Kasih MB Pahang Cakna, Prihatin Terhadap Pihak Yang Memerlukan – Shahaniza

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang cakna dan prihatin kepada pihak yang memerlukan di kawasan Parlimen Maran. Dalam satu perkongsian di Facebooknya, Ketua UMNO Bahagian Maran itu hari ini telah berkunjung ke beberapa kawasan sekitar Chenor bagi menyerahkan cek […]

» Read more

Unjuran Pertumbuhan Perdagangan Dan KDNK Lebih Baik Bagi Malaysia Dalam Tahun 2024

KELUARAN Dalam Negara Kasar (KDNK) merupakan pengukur kepada kesihatan ekonomi negara. Selain penggunaan oleh Kerajaan dan rakyat (public and private consumption) dan pelaburan, KDNK juga diwakili oleh perdagangan, yang merangkumi kedua-dua eksport dan import. Dari segi perdagangan, secara amnya, eksport (barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara dan dijual ke luar negara) akan meningkatkan KDNK, manakala import – barangan dan […]

» Read more
1 2 3 4 5 6 473