Annuar Musa Kupas Episod Baru Perjuangan UMNO Malam Ini

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa  akan tampil bersiaran secara langsung pada malam ini bagi mengupas episod perjuangan UMNO dan orang Melayu pasca PRU ke 14 bersempena menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang bermula pada 28-30 September ini.

Program diskusi yang bersiaran secara langsung pada jam 9 malam ini melalui facebook rasmi UMNO Online turut menampilkan Datuk Dr Azizan Abdul Majid sebagai moderator.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan perbincangan secara langsung ini yang pastinya dapat memberikan informasi yang berguna khususnya tentang hala tuju dan perjuangan UMNO sebagai pembangkang dalam mendepani segala cabaran politik yang mendatang. – MediaUMNO


4 weeks ago