Azlan Man dan Musa Sheikh Fadzir Angkat Sumpah Sebagai MT UMNO

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) pada mesyuarat MT yang diadakan hari ini.

Azlan dan Musa melafazkan sumpah taat setia jawatan itu di hadapan anggota MT dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis angkat sumpah telah diadakan di tingkat 39 Menara Dato Onn, di sini sebelum bermulanya mesyuarat MT hari ini. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.