Zahid Hargai KIMMA Yang Terus Sokong Perjuangan UMNO

Ropikah Ahmad

KUALA LUMPUR, 14 Sept. – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan penghargaan kepada Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) yang terus menyokong perjuangan UMNO.

Katanya, dalam keadaan UMNO berdepan dengan pelbagai tekanan dan hilang tampuk pentadbiran bersama Barisan Nasional maka sokongan KIMMA amat dihargai.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat dari Majlis Tertinggi KIMMA yang diketuai Presidennya, Datuk
Seri Syed Ibrahim Kader di Ibu Pejabat UMNO, hari ini.

Turut serta dalam menerima kunjungan tersebut ialah Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa bersama Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. – MediaUMNO


2 weeks ago