Kenyataan Media Jabatan Peguam Negara Semberono, Cukup Mengelirukan

Saya merujuk kepada Kenyataan Media Jabatan Peguam Negara (JPN) bertarikh 4 September 2018 yang memberikan sedikit “justifikasi” mengapa pihak JPN menggugurkan pertuduhan terhadap LGE dan PLK semalam.

2.    Kenyataan Media berkenaan di tulis oleh Dato Mohamad Hanafiah Bin Zakaria (DMH)

3.    Perenggan 3 Kenyataan Media berkenaan menyatakan bahawa  setelah DMH meneliti keterangan-keterangan yang telah di kemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan yang telah diuji dengan pemeriksaan balas, DMH membuat kesimpulan bahawa kes pendakwaan telah berjaya dilemahkan oleh pembelaan dengan keterangan-keterangan baru yang timbul terhadap saksi-saksi Pendakwaan.

4.    Disebabkan itu, di perenggan 4, DMH membuat kesimpulan bahawa kes terhadap LGE dan PLK tidak akan berjaya di akhir kes pendakwaan dan di sebabkan itu, beliau memutuskan untuk menggugurkan pertuduhan ke atas LGE dan PLK.

5.    Sebagai seorang Peguam, saya amat terkejut dengan “lemahnya moral dan semangat juang” pihak Pendakwaraya dalam kes ini. Saya berpengalaman mengendalikan kes PP v Kamal Hisham Jaafar dan saya menyaksikan sendiri bagaimana jitu dan kentalnya semangat juang pasukan Pendakwaraya walaupun Pendakwaraya dalam kes berkenaan tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa anakguam saya.

6.    Terdapat 60 orang saksi, di maklumkan oleh TPR Masri Daud akan di panggil untuk menjadi saksi pendakwaan dan setakat ini, baru 25 orang saksi Pendakwaan telah di panggil.

7.    Maka semestinyalah baru sekitar 40% kes pendakwa dibina dan ada lagi 60% saksi masih belum memberikan keterangan.

8.    Bagaimana DMH boleh secara semberono membuat keputusan “alamak, kes kita lemah dan kita akan kalah!” dalam keadaan lagi 35 orang saksi pendakwa masih belum memberikan keterangan???

9.    Perenggan 7 Kenyataan Media berkenaan menjustifikasikan kenyataan media SPRM semalam yang menyatakan terkejut dengan keputusan Peguam Negara kerana DMH mengakui beliau tidak memaklumkan hal ini kepada SPRM kerana beliau tidak mempercayai SPRM yang mungkin akan membocorkan rahsia ini atau mengganggu keputusannya.

10. Perenggan 2 Kenyataan Media mengandungi pengakuan DMH bahawa beliau tidak pernah terlibat dengan kes ini. Oleh itu bagaimana beliau yang tak pernah terlibat dengan kes ini boleh membuat satu kesimpulan “kes lemah” dalam keadaan beliau tidak pernah berkomunikasi dengan SPRM untuk memastikan keputusan beliau itu tepat???

11. Lebih merbahaya apabila beliau mengaku curiga dengan integriti SPRM selaku agensi penyiasat dan bagaimana beliau yang tidak pernah terlibat dari awal mengendalikan kes ini boleh berbangga dengan konsep “fresh eye”???

12. Kalaupun beliau memusuhi SPRM, untuk di lihat berlaku adil, beliau sepatutnya berlakon memanggil SPRM untuk bertanyakan kembali justifikasi SPRM mengemukakan siasatan yang beliau anggap lemah itu, dan selepas buat-buat bertanya kepada SPRM, barulah beliau membacakan skrip ketidakyakinan beliau, namun ini tidak di lakukan oleh DMH.

13. Perenggan 7 Kenyataan Media DMH ternyata bercanggah sama sekali dengan perenggan 1 Kenyataan Media berkenaan apabila di perenggan 1 beliau menegaskan Peguam Negara tidak terlibat langsung dengan sebarang proses beliau membuat keputusan TETAPI MENGAPA PULA DI PERENGGAN 7, BELIAU MENGAKU PULA KEPUTUSAN “TERLALU SULIT” BELIAU DI MAKLUMKAN PULA KEPADA PEGUAM NEGARA JAM 9.44 PAGI SEMALAM???????

14. Mengapa perlu beliau melaporkan kepada Peguam Negara?????

15. Kalaupun perlu juga beliau melaporkan kepada pegawai atasan, mengapa tidak melapor hal sulit itu kepada Peguamcara Negara dan Peguamcara Negara II seperti maksud Kenyataan Media bertarikh 2 Ogos 2018???

16. Rakyat boleh menerima jika LGE di putuskan tidak bersalah oleh mahkamah selepas melalui proses perbicaraan penuh.

17. Namun, kenyataan Media DMH ini telah menimbulkan lebih banyak persoalan yang memerlukan satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja di tubuhkan bagi menyiasat samada Pejabat Peguam Negara telah melakukan salahlaku yang serius yang telah menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan negara.

18. Kita tidak boleh menipu semua orang dengan memberikan kenyataan media semberono seperti ini.

KEPADA ALLAH SAYA BERSERAH DIRI.

CUKUPLAH ALLAH SBG PEMBANTU KU DAN DIA SEBAIK2 PENOLONG

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara


3 weeks ago