SST Untungkan Orang Kaya Dan Peniaga Pasaran Gelap

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – “Goods and Service Tax (GST) merupakan satu sistem cukai di mana orang-orang yang berpendapatan tinggi membayar lebih daripada orang-orang yang berpendapatan sederhana atau miskin,” demikian kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Jelasnya, majoriti hasil kutipan cukai ini adalah datangnya daripada golongan yang kaya di dalam negara berbanding golongan miskin kategori B40 yang kebanyakkan menggunakan pendapatan mereka lebih 70 peratus untuk membeli barang-barang asas seperti makanan dan lain-lain.

“GST ini adalah satu sistem cukai yang menjadikan orang kaya membayar lebih cukai daripada orang-orang miskin. B40, atau golongan rakyat miskin ini majoriti pembeliannya dalam sebulan adalah untuk membeli barang-barang makanan.

“70 atau 80 peratus gajinya sebulan digunakan untuk membeli barangan asas dan makanan. Sebab itu, kerajaan BN tidak mengenakan cukai GST pada barang-barang makanan dan barangan asas tersebut.

“Berbanding golongan miskin dan sederhana, orang-orang kaya sudah tentu perbelanjaannya lebih besar dan lebih mampu unntuk membeli barangan mewah yang sudah tentu nilai cukai GSTnya berbanding apa yang dibeli oleh golongan miskin” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam program Diskusi Dari Parlimen yang yang bersiaran secara langung dengan tajuk ‘SST : Harga Barang?’ di mana peguam muda, Adnan Seman sebagai moderator.

Beliau juga secara konsisten berpegang kepada kenyataan bahawa pelaksanaan SST yang akan menggantikan sistem GST bakal menjadi harga barangan semakin naik dan beliau yakin rakyat akan terasa dengan kenaikan harga yang bakal berlaku.

Katanya lagi, kononnya dengan pelaksanaan SST, sebanyak RM23 bilion akan dipulangkan kepada rakyat, namun persoalannya rakyat yang dikategori manakah yang akan mendapat manfaat daripada RM23 bilion itu?

“Kerajaan kata sebanyak RM23 bilion akan dikembalikan kepada rakyat. Rakyat mana? Pada pandangan saya, RM23 bilion yang dikatakan dipulangkan kepada rakyat ini ada dua kumpulan yang dapat.

“Pertama, ialah rakyat yang terdiri daripada orang-orang kaya. GST ini adalah sistem cukai di mana orang-orang kaya akan membayar lebih berbanding orang miskin.

“Jadi, jika GST dihapuskan, maka orang-orang kayalah yang mendapat manfaatnya kerana mereka lebih banyak membeli barang-barang mewah berbanding orang miskin.

“Keduanya, golongan yang mendapat manfaat daripada penghapusan GST itu adalah golongan peniaga pasaran gelap, peniaga yang menipu cukailah yang mendapat manfaatnya. Mereka akan meneruskan perangai lama mereka iaitu menipu cukai.

“Ini juga secara tak langsung bererti, kerajaan PH yang ada hari ini adalah kerajaan yang pro kepada orang-orang kaya serta dan tidak pro kepada orang-orang miskin,” tegasnya.-MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.