Jika Kami Gagal Atau Mungkir Janji Tolaklah Kami – Tun Dr Mahathir

Raja Bersiong

Mungkin terlalu awal hendak menolak kerajaan yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamamad. Belum lagi 100 hari Kerajaan Pakatan Harapan memerintah. Tetapi ada yang sudah mual dan menyesal pangkah PH.

Merenung kata penghantar Dr Mahathir dalam Manifesto PH membolehkan rakyat bersedia untuk menolak kepemimpinan beliau bila-bila masa apatah lagi kerana tindakan beberapa Menteri yang seolah-olah tidak menghormati perkara-perkara membabitkan Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan.

Istilah memperbaiki negara yang dinyatakan Dr Mahathir sudah menyimpang sebaliknya. Dari awal lagi sudah memaparkan kelemahan mereka yang boleh merosakkan negara terutama dasar flip-flop dan Menteri Kewangan yang lemah dan suka menyalahkan orang lain.

Istilah rosak yang disebut oleh Dr Mahathir dalam manifesto untuk membelasah Kerajaan Barisan Nasional kini melanda kerajaannya dengan kenyataan separuh masak dan cadangan bodoh Menteri Kabinetnya.

Mari kita teliti apa yang dinyatakan oleh Dr Mahathir dalam kata penghantarnya.

“Buku ini mengandungi janji-janji kami PAKATAN HARAPAN kepada rakyat Malaysia apabila menubuh Kerajaan. Inilah dasar dan tindakan-tindakan yang akan kami laksana untuk memulih semula dan MEMBINA NEGARA serta MEMENUHI HARAPAN rakyat.

Saya mewakili seluruh anggota Pakatan Harapan dengan rendah diri dan tawakkal kepada Allah Ta’ala menawarkan diri untuk menggalas tanggungjawab berat ini. Kami merayu agar rakyat memberi kami peluang untuk membuktikan kebolehan kami untuk memperbaiki negara untuk rakyat. Dengan terbitnya buku ini, kami juga dengan penuh tanggungjawab menyatakan bahawa kami sanggup dihakimi oleh rakyat sejauh manakah kami berjaya memenuhi janji-janji ini. Jika kami gagal atau mungkir janji tolaklah kami melalui proses demokrasi.

Manifesto ini komprehensif dan meliputi setiap perkara yg penting bagi rakyat terbanyak, terutamanya golongan yang memerlukan. Sepanjang masa kami bersedia ditegur dan mendengar pendapat rakyat.

Dalam menyediakan manifesto ini, kami telah berunding dengan banyak pihak dari pelbagai lapisan masyarakat. Saya berterima kasih kepada semua yang memberi sumbangan idea yang bernas dan berharga.

Inilah manifesto yang mencerminkan harapan rakyat, yang ditulis berdasarkan cadangan dan suara rakyat, setelah kami mendengar keluh kesah rakyat.

Sesungguhnya negara tercinta ini berada dalam keadaan cemas kerana kesalahan-kesalahan Kerajaan sekarang. Kita tidak boleh harap Kerajaan ini akan betulkan kesalahannya sendiri. Yang boleh betulkannya ialah Kerajaan baru yang berwibawa dan membuat janji-janji yang munasabah dalam manifestonya. Perubahan Kerajaan boleh betulkan kesalahan Kerajaan sekarang, tetapi pengekalan Kerajaan sekarang akan merosakkan lagi negara. Pemilihan berada di tangan rakyat. – DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Putrajaya , 8 Mac 2018″

Kenyataan Dr Mahathir untuk membina negara dan memenuhi harapan rakyat bukan saja tidak benar tetapi memburukkan kedudukan sosioekonomi Malaysia.

Apa tidaknya pelabur sudah cabut lari di mana Bursa Malaysia mengalami keadaan ketidaktentuan selain kadar nilai USD1 kini terpaksa dibayar dengan RM4.10. Kerajaan sekarang turut membatalkan projek tertentu dan menyalin kulit projek BN sebelum ini.

Harapan rakyat untuk dibantu kerana kesempitan hidup mereka kini semakin teruk dengan ketiadaan bantuan seperti dulu. Selain itu tiada kenaikan gaji bagi kakitangan kerajaan dan bayaran murah di hospital.

Apakah rakyat akan terus boleh bersabar? Atau menunggu dan bergabtung harapan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggantikan Dr Mahathir yang kini seolah-olah mengikut telunjuk pemimpin DAP terutama Lim Kit Siang.

Hanya masa yang menentukan.


1 month ago