Apa Yang Berlaku Terhadap Anwar 20 Tahun Lalu Sekali Lagi Dipertontonkan – Annuar


KUALA LUMPUR, 17 Mei – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa hari ini mempersoalkan apakah benar negara telah memasuki  era Malaysia baru, yang lebih baik, lebih tertib, lebih adil pasca 9 Mei?

Jelasnya apa yang ditonton sedang berlaku mengingatkan beliau bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ditangkap, dilayan dan dimalukan kerana waktu itu (1998) rumah kami di kejiranan yayg sama iaitu di Bukit Damansara KL.

“Hari ini di Bukit Tunku perkara yg sama sedang berlaku.

“Malah langsung tidak mempedulikan apa yang agama anjurkan apabila datangnya Ramadan. Apa yang agama anjurkan selepas sesebuah peperangan/persengketaan. Apa yang piagam bangsa bangsa bersatu amalkan, apa yang SUHAKAM sarankan atau yang Perlembagaan negara pertahankan”, katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh sekali lagi mempersoalkan masihkah ” bussiness as usual”.

“Di saat seorang keluar sambil menceritrakan soal injustice dan kezaliman selepas 20 tahun tersiksa, sejarah yg sama sedang kita ulang, Malah mungkin dengan lebih buruk lagi”, ujarnya.

Justeru soal beliau seterusnya apakah sebenarnya yang ada untuk Malaysia yang Baru?

“Barangkali sebuah HARAPAN…..atau hanya sekadar satu PAKATAN..”, katanya.-MediaUMNO


3 months ago