Kerja Kuat Pastikan Kerajaan Perpaduan Menang Di Pulau Pinang – Musa

PERMATANG PAUH, 17 Julai – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang bertekad akan terus memberi sokongan padu kepada kerajaan negeri sedia ada pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, kata Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir. Beliau berkata, pihaknya memberi komitmen akan bekerja kuat bersama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan negeri ini masih kekal di bawah pentadbiran parti-parti Kerajaan Perpaduan. […]

» Read more

Ahmad Zahid Yakin Pulau Pinang Kekal Ditadbir Kerajaan Semasa

  PERMATANG PAUH, 17 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin kerajaan negeri sedia ada akan kekal mentadbir Pulau Pinang selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan hadapan. Menurutnya, ia dapat dilihat berdasarkan rekod kerajaan di Pulau Pinang yang lebih 15 tahun mentadbir dengan berdaya saing, kemajuan pembangunan dan perindustrian berteknologi tinggi hasil kesinambungan dari […]

» Read more

DUN Pulau Pinang Rasmi Bubar Hari Ini, Beri Laluan Kepada PRN

GEORGE TOWN, 28 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang mempunyai 40 kerusi secara rasmi dibubarkan hari ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). Pembubaran itu, lebih awal berbanding tempoh mandat lima tahun yang akan berakhir pada 2 Ogos ini, susulan pengumuman Ketua Menteri Chow Kon Yeow pada sidang medianya semalam, selepas mendapat perkenan Yang Dipertua […]

» Read more

UMNO/BN Pulau Pinang Siap Siaga Hadapi PRN – Musa Sheikh Fadzir

TASEK GELUGOR, 27 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata UMNO/Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang sudah siap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diumumkan kelak. Ini kerana katanya kesiapsagaan serta persediaan jentera parti lebih awal akan memudahkan gerak kerja bagi menghadapi PRN tanpa menunggu di saat-saat akhir. “Insya-Allah jentera pilihan […]

» Read more

Sedia Depani PRN, Taklimat SUA Untuk Kepimpinan UMNO Pulau Pinang

TASEK GELUGOR, 23 Jun – Keserasian yang terbina antara UMNO / Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada peringkat pimpinan pusat harus diterjemahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang bagi memastikan kepentingan rakyat terbela. Tujuan tersebut akan membawakan formula gagasan perpaduan dalam mewujudkan keselarian antara agenda pusat dan negeri. Sehubungan itu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi […]

» Read more

Tindakan Pas Samakan Isu Pemilikan Rumah Pulau Pinang Dengan Palestin Dikemuka Tanpa Fakta

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Ir Dr Shaik Hussein Mydin menempelak Pas yang menyamakan isu pemilikan rumah di Pulau Pinang dengan Palestin di laman rasmi Twitter parti itu. Katanya, kesemua hujahan dikemuka adalah tanpa fakta sebaliknya dilakukan dengan penuh sentimen bagi menanam kebencian. “Bilalah hampa nak beriman dan berakal? Ternyata Pas sekali lagi […]

» Read more

Kehadiran Luar Biasa Jentera UMNO Pulau Pinang, SUA Luah Penghargaan

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki teruja dengan sambutan diterima daripada jentera UMNO Pulau Pinang ketika kehadirannya ke negeri itu. Beliau menerusi kunjungan tersebut meluahkan harapan yang besar kepada jentera parti pulau mutiara itu untuk bekerja sebaiknya sebagai persiapan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN). “Meneruskan program jelajah saya ke negeri-negeri dan kali […]

» Read more
1 2 3 4 118