UMNO Kelantan Pandang Serius Dokumen Afidavit Tambahan, Rakyat Perlu Penjelasan Dari Sudut Undang-undang

KUALA LUMPUR, 18 April – UMNO Kelantan memandang serius berkenaan dengan dokumen Afidavit Tambahan No 3 yang telah ditandatangani oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 9 April 2024. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata perkara ini sangat serius kerana responden akan dilihat mempermainkan Titah Yang di-Pertuan Agong sekaligus […]

» Read more

Presiden UMNO Dilepas 47 Pertuduhan, UMNO Kelantan Ajak Akar Umbi Terus Teguh Lawan Kebatilan

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan kesemua 47 pertuduhan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi. Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengajak akar umbi UMNO agar terus teguh dan mempertahankan kebenaran serta melawan fitnah musuh. “Sesungguhnya keputusan ini menginsafkan […]

» Read more

Gerak Kerja UMNO Kelantan Telah Dimulakan Bagi Menghadapi PRN – Othman

BENTONG, 20 Mei – Dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal tiba tidak lama lagi, gerak kerja setiap lapisan kepimpinan UMNO Negeri Kelantan telah dimulakan. Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok, Othman Mahmood berkata, para kepimpinan dan jentera turut memberikan sambutan yang memberangsangkan bagi menghadapi pilihan raya tersebut. “Saya tengok dari segi pergerakan, semua lapisan kepimpinan di Kelantan […]

» Read more

UMNO Kelantan Bincang Agih Kerusi PRN Selepas Pemilihan Parti

MACHANG, 11 Mac – UMNO Kelantan akan berbincang mengenai pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas pemilihan parti berkenaan selesai, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. Beliau berkata pihaknya setakat ini masih belum mengadakan perbincangan pada peringkat negeri sama ada berhubung pengagihan kerusi dan jawatankuasa bersama. “Di Kelantan, kita fikir biarlah selesai dahulu pemilihan […]

» Read more

Pemuda UMNO Kelantan Sokong Agenda Perkasa Ahli, ‘Terus Bangkit’

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Pemuda UMNO Negeri Kelantan menyambut baik gandingan Datuk Hasmuni Hassan sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin Mohd Hairi Md Shah sebagai calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia susulan pengumuman secara rasmi Jumaat lalu. Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor merasa yakin bahawa gandingan mereka berdua dapat meneruskan agenda memperkasakan […]

» Read more

UMNO Kelantan Dukung Inisiatif SPRM… Fakta Sebenar Perlu Diperjelas Kepada Rakyat – Zawawi

KOTA BHARU, 5 Feb –Penerangan UMNO Negeri Kelantan sentiasa mendukung inisiatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memastikan negara bebas daripada budaya rasuah dan salah guna kuasa. Ketuanya, Datuk Zawawi Othman berkata, fakta sebenar harus diperjelaskan kepada rakyat agar mereka tidak keliru dengan skandal rasuah yang semakin berleluasa apabila pimpinan Pas dilihat cuba memutarbelitkan isu ‘sedekah’ semasa pilihan raya. “SPRM […]

» Read more

UMNO Kelantan Akan Terkubur Sekiranya Muhyiddin Jadi Perdana Menteri- Zawawi

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Wakil perbahasan negeri Kelantan, Datuk Zawawi Othman berpandangan UMNO negeri ini terkubur sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu. Katanya ini kerana Muhyiddin yang bersama Pas menerusi gabungan Perikatan Nasional (PN) telah memenangi kerusi Parlimen di negeri itu menerusi penipuan. “Kalau Muhyiddin jadi Perdana Menteri maka berkuburlah […]

» Read more

UMNO Kelantan Sokong Kenyataan Presiden, Susun Gerak Kerja Untuk PRN – Ahmad Jazlan

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan telah membuat ketetapan dengan memberi sokongan sepenuhnya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata UMNO Kelantan juga dalam rangka menyusun gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan yang dijangka berlaku pada bila-bila masa sahaja. “UMNO Kelantan menolak sekeras-kerasnya segala perbuatan khianat […]

» Read more
1 2 3 127