COVID-19: Kes Pulih Kekal Tiga Angka

PUTRAJAYA, 18 Jun – Sebanyak 127 kes pulih daripada COVID-19 dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan kes pulih di negara ini kekal tiga angka buat tiga hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,000 kes iaitu 93.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sebanyak 333 kes pulih dicatatkan pada 16 Jun dan 140 kes pulih dicatatkan semalam.

Dr Noor Hisham berkata sehingga 12 tengah hari ini, terdapat 14 kes baharu yang dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,529 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 408 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.