Kategori Dari Bahagian

Puteri UMNO Kubang Pasu Baiki Surau Uzur Di Ladang Rakyat Laka Jaya

Bukit Kayu Hitam 11 Mac – Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu mengambil inisiatif membaiki surau di Ladang Rakyat Laka Jaya dekat sini yang berada dalam keadaan daif.

Program membaiki surau tersebut membabitkan kos RM4,000 yang meliputi pendawaian elektrik, bumbung surau dan membina semula tandas dan tempat mengambil wuduk.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu Wan Zawiyah Wan Halim berkata program tersebut hasil kerjasama Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan Giat Mara Kedah membantu lebih 500 penduduk di Ladang Rakyat tersebut yang tinggal di situ sejak 37 tahun lalu dan dalam serba kekurangan.

Lebih 200 orang termasuk pelajar menjayakan gotong-royong membaiki surau, membersihkan masjid dan sekitar kediaman penduduk di kawasan ini bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih selesa, katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ladang rakyat tersebut, mempunyai 286 rumah dengan lebih 500 penduduk, dibuka oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) menerusi tanaman getah pada tahun 1975.

Wan Zawiyah turut memberi sumbangan berupa makanan kepada 25 keluarga termiskin meringankan beban yang dialami mereka selama ini, selain pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh pelajar Program Kejururawatan KPTM Kota Baharu, Kelantan.






UTAMA PENAFIAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2000-2014 UMNO MALAYSIA

[ Log in ]


PageRank Checker