Kejayaan Pindaan Perlembagaan Gambarkan Kesepakatan UMNO – Sharkar

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin percaya pindaan perlembagaan parti yang telah berjaya diselesaikan semalam menggambarkan kesepakatan yang jitu di kalangan ahli UMNO.

Tegas beliau itulah kelebihan dan itulah keistimewaan UMNO yang mana keutamaan parti berada di depan dan masing-masing seia-sekata dalam usaha memastikan kelangsungan parti.

“Tahniah kepada seluruh perwakilan yang menerima pindaan perlembagaan selepas presiden menyampaikan hujah-hujah dan kenapa serta mengapa kita perlu adakan pindaan perlembagaan ini terutama sekali untuk kita menghadapi pilihan raya.

”Paling penting sekali adalah kita nak pastikan bahawa pindaan ini sebenarnya untuk kukuhkan UMNO. Kerana ketika UMNO kalah mereka sanggup memegang jawatan membanting tulang bersengkang mata menghidupkan kembali UMNO sehingga apa yang dapat kita lihat hari ini.

“Jadi sudah tentulah kita tidak mahu jentera yang berada di dalam waktu kita kalah dan kemudiannya waktu kita tidak berkuasa ini dan kita latih jentera ini serta kita mahu jentera inilah juga yang akan berdepan pilihan raya,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Sharkar yang juga Ketua UMNO Temerloh seterusnya menambah pindaan yang dibuat adalah atas kehendak perwakilan serta bahagian-bahagian yang telah menyatakan hasrat berkenaan.

“Keduanya UMNO adalah sebuah parti yang besar dan jika kita adakan pemilihan sebelum pilihan raya maka kita dibimbangi akan berlakulah perpecahan dan sebagainya. Jadi presiden melihat bahawa perkara ini adalah tidak wajar berlaku dan kita membuat pindaan perlembagaan ini atas persetujuan daripada perwakilan dan juga bahagian-bahagian yang telah menyatakan hasrat agar diadakan pilihan raya dahulu dan kemudiannya pemilihan parti.

“Paling manis sekali adalah apabila yang menyokong pindaan tersebut setelah dibaca oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyokong.”

Jadi katanya, orang di luar sana janganlah mengadu domba UMNO.

“Kita dalam UMNO sepakat. Ini adalah satu perkara yang perlu difahami… mereka boleh ‘bunuh’ pemimpin, buat apa sahaja kepada pemimpin UMNO tetapi mereka tidak boleh membunuh semangat dan juga akar umbi UMNO.

“Ini telah sebati. Membujur lalu melintang patah… idealisme semangat perjuangan parti tidak akan pudar dengan begitu sahaja. Paling penting mereka yang tidak tahan mereka akan lari, yang tinggal ini mereka yang mempunyai daya kekuatan serta idealisme perjuangan tinggi. Saya yakin PRU akan datang apabila diumumkan Pilihan Raya Umum (PRU) jentera UMNO akan bekerja dua kali ganda lebih kuat, insya-Allah,” tambahnya.

Perhimpunan Agung Khas UMNO semalam meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO supaya pemilihan parti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

Ia diluluskan selepas 2,586 perwakilan bersetuju untuk meluluskan usul yang dibentangkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan disokong oleh Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Persidangan terbabit berlangsung lancar di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang turut disusuli sambutan ualng tahun ke-76 UMNO dan jamuan Hari Raya Aidilfitri UMNO. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.