BN Sabah Tambah Mantap… Radu Tatap Radu – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Sept. – Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan BN Sabah bertambah mantap.

Katanya, selama dua hari berada di Sabah, beliau telah dapat berjumpa dengan kesemua 25 pimpinan bahagian dan pengerusi-pengerusi Pusat Daerah Mengundi (PDM) di sana.

“Semangat mereka tinggi biarpun diterjah dengan pelbagai serangan. ‘Radu Tatap Radu’,” katanya dalam ciapan menerusi Twitter beliau hari ini.

Di dalam pertemuan tersebut juga, amat jelas kelihatan semua jentera BN sudah bersiap sedia dan bersemangat untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi.

Selain bertemu dengan barisan kepimpinan UMNO Bahagian dan komponen BN, Ahmad Zahid turut menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Pemantapan Gerak Kerja JR2.0 dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Wanita UMNO Sabah di Kota Kinabalu, Sabah.

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Sabah diadakan pada 26 Sept ini dengan penamaan calon pada 12 Sept dan pengundian awal pada 22 Sept. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.