Pastikan Perjuangan UMNO Subur, Jangan Sesekali Lupa Sengsara Di Bawah PH-Dap

 

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sempena hari UMNO ke-74 tahun ini, setiap ahli UMNO perlu memastikan perjuangan parti keramat ini subur demi anak cucu cicit generasi akan datang.

Jelas beliau, selain itu, rakyat juga harus ingat bagaimana sengsaranya ketika berada dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Dap selama 22 bulan.

“11 Mei adalah Hari UMNO ke-74 tahun maka kita perlu sentiasa ingat bahawa UMNO ini begitu besar jasanya kepada diri kita, keluarga dan negara… dan kita harus terus memastikan perjuangan UMNO ini subur untuk anak cucu kita generasi yang akan datang untuk 74 tahun lagi, insya-Allah.

“Selain itu, jangan sesekali kita lupa selama 22 bulan berada dalam rejim PH-Dap dan dengan takdir Allah juga, kita kini adalah sebagian daripada kerajaan dalam Perikatan Nasional. Mudah-mudahan perjuangan pemimpin UMNO dari dulu, kini dan akan datang, akan terus diberkati sempena Ramadan yang mulia ini,” ujar beliau dalam ucapan khas sempena ulang tahun UMNO ke-74.

Beliau mengakhiri ucapan dengan serangkap pantun buat semua yang berbunyi:

Semangat sedikit jangan dibuang,
Sekian lama sudah membara;
UMNO bangkit berjuang,
Demi agama, bangsa negara. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.