Gelaran ‘Menteri Kasut’ Buat Menteri Pelajaran Jadi ‘Berang’ Di Parlimen

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Sikap Menteri Pelajaran, Maszlee Malik yang ‘lepas geram’ dalam sidang dewan Parlimen mendapat kecaman ahli parlimen pembangkang.

Maszlee yang mendapat jolokan ‘menteri kasut’ dilihat sengaja mencetuskan kemarahan di kalangan Ahli Parlimen pembangkang apabila menuduh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ketandusan isu untuk diketengahkan dan kerana itulah sering memainkan isu stoking dan kasut.

Maszlee yang sepatutnya menjawab isu berkaitan UEC menggunakan masa tersebut untuk membuat melemparkan tuduhan yang tidak sepatutnya kepada Ahli Parlimen BN.

Justeru, ia membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan Ahli Parlimen BN menyebabkan pertikaian lidah berlaku kerana tidak puas hati dengan sikap tidak profesional Maszlee.

Dalam soalan tambahan pula, Ahli Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahadzir Khalid sempat menyindir Maszlee tak sepatutnya melenting kerana beliau sendiri yang membangkitkan isu kasut sehingga ada yang menggelarnya sebagai ‘menteri brand kasut’.

“Simpang Renggam kesian, pasal kasut ni. YB Simpang Renggam dah jadi brand kasut nak buat macam mana,” ujarnya. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.