Terima Kasih Kerajaan PH… Akhirnya Mengaku Hutang Negara Bukan RM1 Trilion – Annuar Musa


KUALA LUMPUR, “Terima kasih akhirnya kerajaan berkata benar dan mengakui jumlah hutang negara sebenarnya bukan RM1 trilion, “ ujar Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Dalam status ‘twitter’nya, beliau berkata, dokumen rasmi kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) iaitu kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) untuk 2016 sehingga 2020 yang dibentang oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahahtir Mohamad di Parlimen khamis lalu membuktikan bahawa hutang negara sebenarnya hanyalah RM686.8 bilion.

“Dokumen rasmi kerajaan PH dalam muka surat 60 mengesahkan hutang negara sebenarnya bukan RM1 trilion tapi hanya RM686.8 bilion atau 50.8 peratus berbanding KDNK,” ujar beliau.

Sejak kerajaan PH mengambil alih tampuk pimpinan negara, mereka sering menwar-warkan bahawa kononnya hutang negara berjumlah RM1 trilion. Walaupun perkara ini dinafikan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak namun pemimpin PH tetap meracuni fikiran rakyat dengan info yang tidak benar.

Akhirnya, pembentangan RMK11 membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) berada di pihak yang benar.

Sementara itu Datuk Seri Najib semalam berkata, beliau tidak akan pernah berganjak bahawa jumlah hutang negara sememangnya RM688 bilion mengikut tarif antarabangsa.

Beliau berkata, definisi hutang RM1 trilion yang sering disebut pemimpin kerajaan (PH) tidak mengikut tarif antarabangsa kerana memasukkan dua unsur tambahan, iaitu liabiliti luar jangka serta pembayaran pajakan. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.