Ibu Pejabat UMNO Nafi Digeledah RoS, PDRM Atau SPRM

KUALA LUMPUR, 12 Okt – UMNO menafikan penyebaran kononnya Ibu Pejabat parti telah diselongkar serentak pagi ini oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan memaklumkan bahawa gambar-gambar yang tular menerusi media sosial adalah kerja-kerja penyusunan dan kemaskini fail-fail pentadbiran di Ibu Pejabat UMNO.

“Berita yang mengatakan Ibu Pejabat UMNO digeledah adalah tidak benar kerana gambar-gambar yang tular adalah kakitangan UMNO sendiri yang sedang melakukan kemaskini dan tugasan harian dalam proses penyusunan semula dokumen,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jelasnya, UMNO sentiasa memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak dalam apa-apa juga keadaan. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.