Bajet 2019 Penentu Ekonomi Malaysia… Menteri Kewangan Jangan Tersalah Titik Perpuluhan Lagi!


KUALA LUMPUR, 11 Okt – Selepas lima bulan berlalu di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), persoalan yang timbul ialah adakah ekonomi Malaysia bertambah baik bawah PH?

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarikh Khan menimbulkan persoalan tersebut lantaran lapran daripada Bank Dunia yang meramalkan ekonomi Malaysia akan mengalami penurunan mendadak untuk 2018 kepada 4.9 peratus berbanding ramalan terdahulu sebanyak 5.4 peratus.

“Ini pastinya akan menjejaskan banyak sektor ekonomi negara dan seterusnya beri kesan buruk kepada rakyat teramai,” katanya yang dipetik menerusi laman Twitternya.

Bank Dunia melaporkan ekonomi Malaysia dijangka berkembang lebih perlahan daripada yang dijangkakan berikutan pembatalan beberapa projek infrastruktur mega selain didorong oleh prospek perdagangan dan eksport yang lembap.

“Pembentangan Bajet 2019 jadi penentu adakah ekonomi Malaysia akan lebih baik dibawah PH atau menjadi lebih parah?

“Menteri kewangan mesti betul betul buat kerja kali ni, jangan ‘tersalah’ titik perpuluhan lagi,” sindir beliau lagi.

Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada 2 November depan adalah julung kalinya bagi kerajaan PH sejak menerajui pentadbiran selepas kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.