Kerjasama Dengan Pas Tak Ubah Dasar Parti, UMNO Sifatkan Padangan Liow Berbentuk Peribadi – Annuar

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan dan pandangan yang keluarkan oleh Presiden MCA, Liow Tiong Lai adalah pandangan berbentuk peribadi dan bukan ketetapan MCA.

Jelas beliau, apa yang disebut oleh Liow adalah tidak relevan dan tidak berkenaan sama sekali dan ia hanyalah satu bentuk andaian semata-mata.

“Sekiranya benar Liow berkata demikian maka kita anggap ia adalah atas kapasiti peribadi dan bukan ketetapan MCA jauh sama sekali ahli MCA dan masyarakat Cina dalam negara ini.

“Kerjasama UMNO dan Pas sama sekali tidak mengubah dasar dan cara UMNO. Saya ingin tegaskan, ternyata masih berlaku salah tanggapan tentang kerjasama UMNO dengan Pas.

“Jadi ingin saya ulang ketetapan keputusan parti bahawanya muafatakat dengan parti pembangkang akan tetap diteruskan atas sifat semua adalah parti-parti pembangkang. Parti pebangkang ada sekurangnya empat gabungan iaitu iaitu BN terdiri dari 4 parti, gabungan sejahtera iaitu Pas dan gabungannya, ketiga Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan keempat kumpulan wakil rakyat bebas,” ujar beliau dalam satu sidang media selepas perjumpaan bersama ahli bergabung UMNO Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Jelas Annuar, kerjasama UMNO dan Pas setakat ini adalah berdasarkan peristiwa seperti apa yang terjadi semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis dan Seri Setia.

“Selain itu, Pas telah menjemput UMNO ke muktamar dan sebagai adat kita menjemput pula pemimpin kanan Pas untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di mana sudah dapat jawapan positif.

“Itulah bentuk muafakat atau kerjasama UMNO dan Pas maka tidak boleh digunakan istilah bergabung, bersatu dan sebgainya. Lain-lain kerjasama akan diputuskan ke dua-dua parti dari semasa ke semasa kalau difikirkan perlu tetapi kita belum sampai ke tahap itu,” jelas beliau lagi.

Justeru beliau berharap perkara ini dapat difahami dengan jelas dan memahami bahawa kerjasama antara UMNO dan Pas sama sekali tidak mengubah UMNO menjadi haluan kiri.

Sebelum ini Liow dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan parti itu akan menyingkirkan UMNO daripada BN jika parti induk Melayu tersebut bergabung dengan Pas. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.