Tuduh BN Banyak Hutang Tapi PH Bazir Duit Rakyat Demi Nafsu Politik Jadi PM


KUALA LUMPUR, 13 Sep – Ketika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendakwa Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini banyak berhutang, namun kini mereka pula bertindak membuang masa dan membazirkan wang rakyat untuk seorang individu memenuhi nafsu politik menjadi seorang perdana menteri, ujar Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Semalam, anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan pengosongan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) dalam usahanya kembali sebagai seorang anggota parlimen dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Kelapan.

“Ini bukan kali pertama. Langkah Kajang sebelum ini menyaksikan seorang wakil rakyat turut letak jawatan untuk memberi laluan kepada isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang dikatakan bakal menjadi Menteri Besar (MB) Selangor. Walaupun Langkah Kajang berjaya namun hasrat untuk menjadi MB tidak kesampaian.”

Katanya, PRK Port Dickson seolah-olah mempermainkan undi rakyat kerana bukan disebabkan wakil rakyat meninggal dunia tetapi saja-saja letak jawatan.

“Bukan Pandan, Permatang Pauh, Selayang atau Sungai Petani tetapi Port Dickson yang menjadi pilihan Anwar dengan penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah menjadi ‘askar upahan’ yang sanggup mengosongkan kerusinya padahal beliau menang pada PRU14 yang lalu kerana undi rakyat.

“Maka langkah PD ibarat ‘do or die’ kepada Anwar. Jika beliau gagal, bukan sahaja harapan untuk menjadi ahli parlimen gagal malah cita-cita untuk menjadi perdana menteri juga berkecai. Mahu atau tidak, Anwar perlu menang.

“Sama ada Anwar menang atau tidak, langsung tidak memberikan kesan kepada UMNO/BN. Biarlah Anwar bertanding, UMNO/BN tidak perlu menghabiskan masa, wang dan tenaga demi cita-cita Anwar itu,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.