Diskusi U3.0 Malam Ini Bincang Isu LGBT Bersama Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 12 Sept. – Siri bual bicara yang mengetengahkan isu-isu semasa Diskusi U3.0 malam ini akan membincangkan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dengan membawakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengupasnya.

Diskusi yang akan bersiaran selama sejam bermula 9.00 malam ini boleh ditonton menerusi medium facebook rasmi UMNO Online di pautan https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia.

Khalayak khususnya pengamal media sosial bukan saja berpeluang mengikuti kupasan panel tetapi juga dipelawa untuk bersama-sama melontarkan pandangan, idea atau persoalan menerusi ruangan komen yang ada. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.