Melayu Gagal atau Mahathir Gagal? 

Tun Mahathir menggariskan mengapa orang Melayu gagal.

Mahathir apabila terdesak sentiasa menunding jari kepada sikap negatif orang Melayu bagi menyelamatkan pentadbirannya yang gagal.

Anda hanya perlu melihat ucapan-ucapan lampau beliau apabila negara berhadapan masalah ekonomi. 

Hari ini kerana beliau adalah pemimpin kerajaan boneka DAP, maka beliau akan membuat banyak polisi yang tidak  menggembirakan masyarakat Bumiputera pada masa hadapan. 

Untuk itu beliau perlu menyerang masyarakat bumiputera terbesar di negara ini iaitu orang Melayu. 

Beliau akan mengungkit sisi gelap orang Melayu seperti sikap negatif dan kegagalan. 

Alasan-alasan seperti untuk memberi kesedaran kepada Melayu, mewujudkan Melayu baru yang cekal akan digunakan oleh beliau dan penyokong beliau untuk menghalalkan sesuatu polisi yang tidak pro-Bumi. 

Persoalannya mana ada bangsa yang sempurna? Kebanyakan Cina yang berjaya di negara ini pun dengan pertolongan dan bantuan elit politik.

Mahathir mungkin berhak mengkritik kegagalan orang Melayu jika beliau dan anak-anaknya adalah ahli perniagaan yang berjaya atas kaki sendiri. 

Hakikatnya Mahathir sendiri sentiasa gagal dalam perniagaan. Sama ada perniagaan menggunakan wang kerajaan seperti Proton dan Perwaja,  mahu pun wang sendiri seperti The Loaf. 

Anak-anak beliau yang berjaya semua melalui pertolongan dan bantuan kerajaan. Malahan pada 1990-an Melayu lain yang tidak berbinkan Mahathir atau berbau Tun Daim tidak akan mendapat keistimewaan seperti mereka yang mengaut kontrak berbilion. 

Melayu lain juga tidak diselamatkan oleh kerajaan berbilion ringgit apabila perniagaan gagal seperti mana berlaku ke atas anak dan kroninya. 

Sebenarnya ramai Melayu yang berjaya tanpa pertolongan Mahathir dan kerajaannya. Ada ramai juga yang berjaya kerana bantuan kerajaan dan terus kekal mampan dalam perniagaan mereka. 

Sudah tentu ada sebahagian Melayu akan gagal dalam perniagaan. Namun bangsa mana yang sempurna di dunia ini? 

Cukuplah Tun mengulangi retorik 90-an. Kami bukan bodoh lagi.

Ab Jalil Becker

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.