Kerjasama UMNO dan Pas Satu Signal Untuk Rakyat Tolak Kerajaan PH

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, kerjasama antara UMNO dan Pas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia adalah lambang perpaduan dan satu signal kepada rakyat untuk bersatu dan menolak kepimpinan kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan (PH).

Jelas beliau, rakyat semua kaum dan agama perlu bangkit dan menunjukkan kuasa rakyat agar rakyat tidak lagi ditipu oleh politik gaya ‘machiavelli’ dan kakistocracy’ serta kelentongkrasi PH.

“UMNO membuat ketetapan untuk meningkatkan kerjasama dengan Pas di PRK Seri Setia ke satu tahap lebih tinggi dari apa yang Pas beri di Sungai Kandis.

“Ini jelas dapat kita lihat bila pemimpin kanan UMNO dibenarkan mengiringi calon Pas di pusat penamaan calon sebagai tanda sokongan moral malah sekiranya diminta, pemimpin dan penceramah UMNO turut dibenarkan berkongsi pentas dan berkempen untuk calon Pas.

“Jentera cawangan UMNO juga dibenarkan memberi kerjasama sepenuhnya kepada jentera Pas sekiranya diminta,” ujar beliau dalam kenyataan di laman social facebook.

Tambah Anuar, kerjasama ini adalah atas dasar rakyat berbilang kaum yang perlu disatukan untuk kita menolak PH yang telah terbukti berbohong kepada rakyat. PH juga mengizinkan terlalu banyak kerosakan kepada keharmonian hidup rakyat, nilai agama, bahasa dan budaya Negara ini.

“Sokongan PH kepada idealogi songsang dan berhaluan kiri termasuk sosialis, atheis, komunis, LGBT, liberalism dan seumpamanya bercanggah dengan rukun Negara dan boleh merosakkan fabrik politik, sosio budaya dan kerukunan Negara.

“Rakyat juga perlu memberi isyarat bahawa kita menentang cukai SST 10 peratus + 6 peratus yang kerajaan PH sendiri akui tidak efisen dan tidak telus. SST hanya memberi keuntungan kepada ‘tokey’, ‘pelari cukai’ dan menggalakkan ‘black economy’ yang akhirnya merugikan negara dan rakyat.

“Maka, rakyat perlu bersatu agar Malaysia segera diselamatkan sebelum terlambat. PRK Seri Setia dan Balakong adalah medan referandum rakyat,” jelas beliau lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.