Bung Mokhtar Bicara Topik ‘Parlimen Malaysia Baru’ Diskusi ‘Live’ Malam Ini

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Program Diskusi Dari Parlimen malam ini menampilkan panel jemputan, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar bagi mengupas tajuk “Parlimen Malaysia Baru” yang akan bersiaran secara langsung tepat jam 9 malam ini melalui medium facebook rasmi UMNO Online.

Turut bersama dijemput sebagai moderator pada program malam ini ialah Exco Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Farhan Khairuddin bagi bersama-sama bagi membincangkan tajuk ‘Parlimen Malaysia Baru’.

Program ’Diskusi Dari Parlimen’ ini disiarkan secara langsung melalui medium facebook rasmi UMNO Online bagi membincangkan soal-soal semasa dan isu-isu yang diutarakan di Parlimen yang pada berakhir pada hari ini.

Dijemput semua untuk bersama-sama menyaksikan perbincangan ini untuk kita mengikuti pandangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar dalam membicarakan soal Parlimen Malaysia Baru pada malam ini.-MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.