Kerajaan Baru : Rakyat Luah Perasaan Menerusi Puisi Panjang

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Kesan kenaikan harga barang ditambah dengan pelbagai masalah ekonomi yang timbul sejak pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan mengundang rakyat untuk meluahkan rasa dengan pelbagai cara termasuklah dalam bentuk wacana penulisan dan puisi panjang. Antaranya ialah tulisan KA seperti berikut:

 

RAKYAT RESAH

Rakyat resah
hatinya gelisah
kehidupan semakin payah
tanpa arah

Petani di sawah ladang menuai kehampaan
janji seribu mimpi sekadar retorika politik
harapan masa depan semakin kabur
anak-anak sekolah dijadikan komoditi lelucon
Pabaila menteri pendidikan terus bercanda bermain kata kata tanpa dasar yang jelas kecuali menukar kasut hitam fikiran terus kelam

Rakyat resah
hatinya gelisah
kehidupan kian parah
bahasa ibundanya kembali terjajah
kesucian agamanya dipersenda
pimpinan kerajaan mengundang sengketa
harmonis bangsa menjadi pesona di hujung lidah perkauman

Rakyat resah
hatinya gelisah
kehidupan semakin goyah
hutang warisan bangsanya menjadi cagaran calon muflis biaya pendidikan dan pengajian tinggi menjadi mimpi ngeri tanpa sebarang rasa peduli kalangan menteri

Rakyat resah
hatinya gelisah
kehidupan semakin payah
nelayan di persisiran pantai dilambung ombak cabaran
tiada lagi subsidi dan kawalan harga pasaran
segala galanya ditentukan oleh kapitalis

Rakyat resah
hatinya gelisah
kehidupan semakin punah
bila Menteri Kewangan saban hari mengumumkan
negara kian menghampiri situasi muflis
kononnya hutang berbillion
sukar ditangani tanpa upaya selain dari mengujudkan
tabung harapan yang pastinya sudah tiada harapan lagi

Rakyat resah
hatinya gelisah
kehidupan semakin payah
barangan keperluan semakin mahal
peneroka menuai hampa setiap hujung bulan
bila harga sawit semakin merudum

Rakyat resah
hatinya gelisah
kehidupan semakin payah
ribuan wargabangsa secara tiba-tiba menjadi penganggur
ada kerja dibuang mengikut sesuka hati
tanpa ada ehsan di hati pemimpin

Rakyat resah
hatinya gelisah
kehidupan semakin payah
kian susah untuk meneruskan kehidupan
jenayah kian bertambah
hutang isi rumah bertompok tompok
tanpa ada sebarang kajian dan usaha menangani masaalah rakyat

akhirnya rakyat merasakan
setiap janji dalam menifestasi
sekadar janji seribu mimpi
diri rasa tertipu oleh manifesto falasy
bagaikan nasib malang pak kadok
ayamnya menang kampong tergadai
bagai mengulangi untung nasib lebai malang
mendengar guruh di langit
air ditempayan dibuangkan
akhirnya semua menjadi kering dan kontang
Tahniah kepada pemimpin Pakatan Harapan
anda berjaya membohongi rakyat
dengan menjaja sejuta fitnah tanpa asas
dan menjanjikan bulan bintang kehidupan rakyat
yang terus terbiar bakal kelaparan

Malaysia baru kian keliru dan bercelaru…
Dasar yg tidak menentu… pimpinan kerajaan di kalangan menteri dan timbalan menteri asyik dok sebut tak tahu…..

Rakyat kian resah
Melihat kecelaruan yg amat tidak munasabah…
Bantuan bulanan yg berupa pinjaman kepada para peneroka Felda tertangguh tangguh setiap awal bulan.. harga getah dan sawit terus merudum…
lebih mengecewakan ucapan PM di pelancaran hari kemerdekaan masih penuh dengan retorika bohong..kononnya Malaysia dan kian kering kantung khazanahnya sedangkan banyak projek pembangunan spt MRT dan LRT dikaji semula sebelum diluluskan semula dengan kenaikan kos pembenaan berlipat ganda. – Oleh KA


5 days ago