Kerajaan Perlu Realistik, Negara Perlukan Cukai Efisyen – Mustapa

Amin Adnan


KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata sebagai negara moden dan mempunyai infrastruktur bertaraf dunia, kerajaan perlu bersikap realistik kerana negara memerlukan sumber cukai efisien untuk menampung perbelanjaan serta melaksanakan projek.

“Kerajaan perlu bersikap realistik bahawa negara memerlukan cukai stabil seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk menampung operasi, menyedia infrastruktur dan mengawal defisit,” katanya.

Mustapa berkata, sebagai negara moden dan mempunyai infrastruktur bertaraf dunia, cukai yang efisyen amat penting bagi menampung perbelanjaan serta melaksanakan projek.

Menurutnya, kerajaan perlu menyatakan sama ada akan mengkaji semula cukai korporat untuk menjadikan negara lebih berdaya saing dalam menarik pelaburan asing.

“Mungkin kerajaan perlu mengkaji semula cukai korporat untuk menampung kekurangan hasil bagi menampung kehilangan hasil menerusi pelaksanaan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang dimulai pada 1 September nanti,” katanya di Parlimen semalam.

Katanya, ia penting bagi memastikan Malaysia kekal menjadi destinasi pelaburan asing yang berdaya saing bagi sektor koporat.

Persidangan Dewan Rakyat semalam meluluskan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan tiga tahun lepas dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bakal diperkenalkan semula pada September ini dengan alasan lebih mudah dan membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat. – MediaUMNO


3 months ago