‘Rampas’ ‘Kantung Negara’ Sebab Rugi RM80 juta? Atau Sebab RM157 bilion?

SEJAK Pakatan Harapan (PH) menang pilihan raya, Perdana Menteri Mahathir terbukti berjaya ‘menyelamatkan Malaysia’ dalam masa kurang 100 hari.

Khazanah Nasional (KN) umpamanya…

KN ditinggalkan untuk diwarisi era pemerintahan bekas Perdana Menteri Najib Razak (yang tumbang sebab fitnah) dengan nilai aset kira-kira RM65 bilion pada tahun 2004.

Pimpinan atasan KN yang tiada tali persaudaraan dengan Najib tiba-tiba melepaskan jawatan masing-masing. Ada yang lihat ia sebagai terancang. Ada pihak yang mengugut mereka supaya mengosongkan jawatan. Kebenaran kisah ini tidak dapat dipastikan. Sekadar berlegar di warung kopi saja… Tapi fakta ialah kontrak Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar sepatutnya berakhir pada Mei 2019!

Apa yang pasti, KN hari ini telah memiliki aset kira-kira RM157 bilion ketika ini, sejak Azman ambil alih KN. Gila, dari RM65 bilion kepada RM157 bilion! Banyak tu!

Najib ada bertanya di dalam Dewan Rakyat, Menteri PH Azmin kata KN rugi kira-kira RM80juta dalam pelaburan pakaian dalam. Kata orang, dalam berniaga ada untung rugi. Andai angka RM80juta itu dibandingkan dengan RM150bilion…? Apakah KERAjaan PH telah secara tidak langsung mengatakan KN rugi secara keseluruhannya?

Bertambah pelik, PM Mahathir melantik diri sendiri sebagai Pengerusi KN! Azmin orang nombor dua. Bila netizen persoal tentang manifesto PH bahawa janji untuk membebaskan syarikat GLC daripada orang politik, pemimpin PH dengan selamba badak buat-buat tak tahu. Tak rasa bersalah bahkan menghalalkan yang haram. Ibaratnya, dulu babi itu haram dimakan. Tapi bila babi ada depan mata, selamba ratah.

Hakikat menyedari bahawa KN selama ini tidak menerima suntikan modal tetap daripada kerajaan. Kisah kejayaan Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar (bukan anak Najib Razak) sebenarnya sudah bermula sejak beberapa tahun sebelum ini. Sudah ada suara yang mahukan kerusi beliau. Iyalah, aset beratus bilion yang dikumpul membuatkan ramai kelabu mata. Seperti harimau merenung daging.

Petikan Bernama pada Disember 2017 :

Tidak seperti entiti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Tabung Haji, Khazanah tidak menerima suntikan modal tetap, selain ia juga melaksanakan pelaburan pemangkin di dalam dan di luar negara – selain inisiatif pembangunan untuk negara.

Ia menjayakan pembangunan utama untuk modal insan melalui Yayasan Hasanah yang ditubuhkan pada 2015 dengan RM3 bilion dicagarkan sebagai pembiayaan bagi memacu agenda pembangunan bangsa untuk memajukan Malaysia sebagai negara yang berdaya saing di peringkat global.

Modal ini dilindungi dan hanya faedah digunakan untuk memastikan kemapanannya. Tahun lalu sahaja, yayasan itu membelanjakan kira-kira RM125 juta, sebahagian besarnya untuk pendidikan.

Dan, ia akan terus melaksanakannya, kata sumber dan menambah pujian wajar diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ahli Lembaga Khazanah atas kebijaksanaan dalam melaksanakan inisiatif sosial ini.

“Pelaburan ini mungkin berupa wang yang boleh diisytiharkan sebagai dividen. Justeru, pengkritik perlu membuat analisis yang tepat sebelum membuat anggapan dan kesimpulan sempit,” kata sumber itu.

Satu inisiatif tanggungjawab sosial yang boleh dibanggakan Khazanah ialah Skim Latihan 1Malaysia, yang menyediakan latihan kemahiran kepada siswazah menganggur untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Setakat ini, ia sudah melatih kira-kira 4,200 siswazah dengan kos RM20,000 seorang, dengan khabar gembira apabila lebih daripada 80 peratus siswazah menganggur ini berjaya mendapat pekerjaan.

Melihat kepada situasi ini, apa yang hendak diselamatkan? Atau Mahathir sebenarnya mahu menyelamatkan harta negara bukan untuk rakyat sebaliknya untuk diri sendiri, anak beranak dan kroni-kroni?

suaralensa.blogspot.com

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.