Kerajaan Digesa Nyatakan Janji Manakah Yang Akan Ditunaikan, Yang Mana Sekadar Manifesto


KUALA LUMPUR, 19 Julai –  Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin meminta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan berapa banyak lagi janji yang tergolong di dalam kategori manifesto yang hanya sekadar sebagai  panduan.

Menurut beliau kerajaan perlu menjelaskan janji yang manakah akan ditunaikan dan yang manakah pula sebaliknya sekadar panduan.

“Sebelum ini telah disebut bahawa manifesto itu bukan kitab suci tetapi panduan sahaja.  Ada janji yang tidak dapat ditunaikan sepenuhnya seperti perlantikan speaker tidak di kalangan ahli dewan rakyat. Jadi saya nak tahu berapa banyak lagi janji yang jatuh dalam kategori tersebut.

“Semalam saya tanya Menteri Pendidikan berkenaan janji PTPTN… hanya perlu bayar apabila gaji mencecah RM4,000 sebulan. Itu pun masih dalam kajian dan tinggal 30 hari lagi dan ada janji yang Tun rasa boleh memudaratkan ekonomi negara seperti gaji minimum  pada paras RM1500 dan sebagainya. Jadi saya minta jawapan yang mana janji akan ditunaikan dan yang mana hanya panduan sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan Sidang Mesyuarat Pertama Pengal Pertama Parlimen Ke-14 2018, di sini hari ini. -MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.