Kenyataan Media Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa

Saya dengan penuh keinsafan dan rendah diri menerima PERLANTIKAN SAYA SEBAGAI SETIAUSAHA AGUNG UMNO YANG BARU, seperti di umumkan oleh Presiden UMNO hari ini

2) Saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan Presiden bagi saya memikul tugas yang sangat berat lagi mencabar ini

3) Saya berkesempatan duduk dan berbincang hati ke hati dengan Presiden UMNO sebelum perlantikan ini di buat. Saya amat memahami dan menyanjung tinggi ILTIZAM Presiden UMNO yang berhasrat MEREKAYASA DAN MERAKYATKAN perjuangan parti agar UMNO terus menjadi satu wadah ummat dan bangsa dalam proses membina negara Malaysia yang aman, makmur, harmoni lagi sejahtera bagi semua.

4) Saya juga berkongsi pendapat betapa kita perlu membina parti ini dengan membawa perubahan yang komprehensif dan menyeluruh sehingga ia menjadi satu landasan pilihan buat rakyat Malaysia khususnya Orang Melayu, kaum Bumiputera dan Umat Islam di Malaysia

5) Memahami komitmen Presiden UMNO untuk memikul mandat dan Amanah parti serta keserasian iltizam utk bekerja SECARA JUJUR, BERAMANAH DAN BERINTEGRITI TINGGI serta berkhidmat sebagai satu pasukan pada saat dan ketika UMNO menghadapi ujian paling getir ini MAKA SAYA DENGAN REDHA BERSETUJU UNTUK BERADA DI SAF HADAPAN BERSAMA PRESIDEN, TIMBALAN, NAIB NAIB, AHLI MT SERTA SAYAP SAYAP UMNO secara bersama, memikul tugas ini demi AGAMA BANGSA DAN TANAHAIR.

6) Sebagai SETIAUSAHA AGONG PARTI sudah pasti saya akan bekerjasama dengan semua pihak demi kesempurnaan tugas yang di amanahkan kepada saya.

7) Kepada ALLAH saya bertawakkal dan kepadanya saya berserah dan memohon pertolongan.

Salam Hormat

ANNUAR MUSA @ YB Tsam
14/7/18
1 Dzul Qi’dah 1439 AH

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.