Shahar Abdullah Dilantik Ketua Penerangan Pemuda UMNO

Azman Abas

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Ahli Parlimen Paya Besar , Mohd Shahar Abdullah hari ini dilantik sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia bersama tiga lagi barisan pegawai yang lain.

Dalam satu kenyataan media kepada UMNO-Online, Ketua Pemudanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Johari Yazid dilantik sebagai Penolong Setiausaha manakala Khairul Firdaus Akhbar Khan sebagai Penolong Bendahari dan Ahmad Zaim Ahmad Tawfek sebagai Setiausaha Kerja.

“Pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada 23 Jun 2018 yang lalu menzahirkan betapa tingginya harapan akar umbi untuk melihat perubahan dalam struktur kepimpinan parti khususnya sayap Pemuda.

“Sesungguhnya dinamika pemilihan kali ini telah menyaksikan ramai muka baru di kalangan anak muda daripada lapisan yang pelbagai termasuk golongan profesional, bekas pimpinan mahasiswa dalam dan luar negara, agamawan dan usahawan muda.

“Kesimpulannya masih ramai ahli UMNO yang sayangkan parti serta mahu ia bangkit kembali untuk terus kekal relevan dalam pentas politik tanah air demi perjuangan memartabatkan Islam, Bangsa dan Tanahair,” katanya.

Katanya lagi pergerakan itu juga pada penggal ini komited untuk melakukan transformasi dan juga pembaharuan demi.mengembalikan kekuatan UMNO sebagai parti tunjang Melayu dan Islam.

“Oleh yang sedemikian, Agenda 5P (Pengkaderan, Pentarbiyahan, Pembudayaan Ilmu, Pemerkasaan Rohani, Pemantapan Jati Diri) yang saya tekankan dalam manifesto akan menjadi keutamaan dalam usaha pengislahan dan transformasi Pemuda.

“Bagi lantikan Exco atau Ahli-Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia yang diperuntukkan oleh Perlembagaan, saya ingin membuka seluas-luasnya ruang kepada semua ahli UMNO yang berdaftar untuk turut serta menawarkan diri dengan menghantar resume kepada email nurulizza3007@gmail.com,” katanya. –MediaUMNO

View this post on Instagram

*KENYATAAN MEDIA* *DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI* *KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA* *PERLANTIKAN PEGAWAI JAWATANKUASA TERTINGGI PEMUDA UMNO MALAYSIA* 5 JULAI 2018 Pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada 23 Jun 2018 yang lalu menzahirkan betapa tingginya harapan akar umbi untuk melihat perubahan dalam struktur kepimpinan parti khususnya sayap Pemuda. Sesungguhnya dinamika pemilihan kali ini telah menyaksikan ramai muka baru di kalangan anak muda daripada lapisan yang pelbagai termasuk golongan profesional, bekas pimpinan mahasiswa dalam dan luar negara, agamawan dan usahawan muda. Kesimpulannya masih ramai ahli UMNO yang sayangkan parti serta mahu ia bangkit kembali untuk terus kekal relevan dalam pentas politik tanah air demi perjuangan memartabatkan Islam, Bangsa dan Tanahair. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk penggal ini komited untuk melakukan transformasi dan juga pembaharuan demi mengembalikan kekuatan UMNO sebagai parti tunjang orang Melayu dan Islam. Oleh yang sedemikian, Agenda 5P (Pengkaderan, Pentarbiyahan, Pembudayaan Ilmu, Pemerkasaan Rohani, Pemantapan Jati Diri) yang saya tekankan dalam manifesto akan menjadi keutamaan dalam usaha pengislahan dan transformasi Pemuda. Bagi merealisasikan agenda tersebut, saya dengan ini ingin mengumumkan 4 lantikan Pegawai Tertinggi Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia yang baru. Senarai lantikan adalah seperti berikut: 1)Penolong Setiausaha Johari bin Yazid 2)Penolong Bendahari Khairul Firdaus bin Akbar Khan 3)Ketua Penerangan YB Mohd Shahar bin Abdullah 4)Setiausaha Kerja Ahmad Zaim bin Ahmad Tawfek Pelantikan-pelantikan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 5.5 Perlembagaan parti. *Bagi lantikan Exco atau Ahli-Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia yang diperuntukkan oleh Perlembagaan, saya ingin membuka seluas-luasnya ruang kepada semua ahli UMNO yang berdaftar untuk turut serta menawarkan diri dengan menghantar resume* kepada email nurulizza3007@gmail.com. Sekian, terima kasih. #bangkitkembali #hidupkumilikummah #perjuangantiadanoktah

A post shared by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI (@drasyrafwajdi) on


4 months ago