Lapan Exco Perlis Angkat Sumpah Jawatan

ARAU, 13 Jun – Lapan orang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Perlis mengangkat sumpah jawatan Exco, hari ini yang berlangsung di Balai Menghadap Istana Arau.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan watikah pelantikan yang disaksikan Raja Muda Tuanku Syed Fazizuddin Putra Jamalullail.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Hamdan Bahari, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Syed Omar Shahabuddin Syed Ikhsan serta tiga ADUN Pakatan Harapan dan seorang ADUN PAS turut hadir.

Mendahului senarai angkat sumpah ialah ADUN Chuping, Asmaiza Ahmad dan diikuti Nurulhisham Yaakob (Simpang Empat), Azizan Sulaiman (Santan), Hamizan Hassan (Kayang), Ruzaini Rais (Beseri), Rozieana Ahmad (Pauh), Siti Berenee Yahaya (Mata Ayer) dan Teh Chai Aan (MCA-Titi Tinggi).

Azlan dalam sidang media selepas itu mengumumkan portfolio anggota Exco tersebut.

Beliau sendiri memegang port folio Pentadbiran dan Kewangan; Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa; Perancangan Ekonomi dan Pembangunan Industri; Hal Ehwal Tanah dan Keselamatan dan Ketenteraman Awam.

Asmaiza Ahmad: Kemajuan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan; Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru; Pelancongan dan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Nurulhisham Yaakob: Pertanian dan Industri Asas Tani; Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu dan Aduan Awam.

Azizan Sulaiman: Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Penjaja dan Peniaga Kecil; Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Pembangunan Usahawan dan Industri Kecil dan Sederhana.

Hamizan Hassan: Kemudahan dan Prasarana Awam; Pengangkutan; Belia dan Sukan dan Badan Bukan Kerajaan.

Ruzaini Rais (he): Hal Ehwal Agama Islam; Kebajikan dan Bantuan Bencana dan Hubungan dan Kerjasama Sempadan.

Rozieana Ahmad: Pendidikan; Pembangunan Sumber Manusia; Sains, Teknologi dan Inovasi dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Siti Berenee Yahaya: Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Perpaduan Masyarakat dan Tugas-Tugas Khas.

Teh Chai Aan: Sumber Asli dan Alam Sekitar; Bioteknologi dan Teknologi Hijau dan Kesihatan.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.