‘Educated’ Sungguh… Bila Berhutang Dengan Negara Paling Tinggi Hutang Dalam Dunia?

Bukan rahsia Perdana Menteri ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak dituduh penyokong Pakatan sebagai membebankan negara ini dengan hutang.

Puak ini terlalu uneducated sehingga tak boleh beza antara hutang dan pelaburan.  Yang dikatakan hutang tu bukan pinjam duit sesaja tapi ada projek infrastruktur rakyat yang akan memberi pulangan untuk membayar balik pinjaman – 5 ayat terakhir tu membawa maksud pelaburanlah para uneducated sekalian.

Tapi itulah modal yang dimainkan berulang-ulang sehingga membawa kemorosotan sokongan rakyat terhadap BN dalam PRU14 yang lepas.

Semalam tersebar laporan ada negara yang mempunyai pentadbiran baru akan membuat hutang baru dengan Jepun untuk membayar hutang negara berkenaan yang dikatakan sangat tinggi.  Berapa jumlah pinjaman tu?  Belum tahu lagi sebab katanya Jepun nak kena tengok kadar hutang negara itu dulu.

Tak kisahlah berapa, yang pentingnya buat hutang barulah ceritanya.

Ironinya, Jepun ialah negara dengan hutang tertinggi di dunia iaitu sebanyak 248% berbanding pendapatannya berdasarkan laporan forum ekonomi dunia pada tahun 2016.  Malaysia? Kita di tangga 55 dunia – ini perbandinganlah ni.

Begitupun, disebalik hutang paling tinggi dalam dunia, Jepun tidak pulak menubuhkan tabung untuk rakyatnya membayar semua hutang tersebut.  Mungkin kerajaan Jepun kurang educated agaknya, bersangka baik.

Apa pun, berbeza dengan banyak “hutang” yang dikatakan dibuat Najib sewaktu berkuasa, “hutang” yang ini tidak ada projek infrastruktur rakyat yang mengiringinya.  Ini semata pinjaman wanglah gamaknya pasal tak disebut dalam laporan berita berkenaan untuk membiayai projek yang mana satu?

Maksudnya, hutang dalam yen, perlu dibayar ikut kadar pertukaran yen juga.  Lagi tinggi nilai yen di pasaran matawang antarabangsa, lagi tinggi negara berkenaan kena bayar walaupun jumlah pinjaman tak berubah.  Waima dia letak interest 0.1% sekalipun tapi kalau nilai Yen naik mendadak pada waktu tempoh hutang perlu dibayar, jumlah duit yang perlu dikeluarkan negara itu pun tinggilah juga.

Faham ke tidak ni para uneducated sekelian?

Nasib baiklah negara berkenaan ada tabung untuk rakyat menyumbang.  Negara banyak hutang, rakyat pulak kaya. Itu yang boleh tubuh tabung mintak derma.  Tak cukup? Pinjam negara lain.

Educated sungguh.

mykmu.net

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.