Categories: Berita Utama

Semua Jawatan Bebas Dipertandingkan Dalam Pemilihan UMNO – Zahid

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Semua jawatan dalam UMNO terbuka dan bebas untuk dipertandingkan termasuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden serta ketua-ketua bagi kepimpinan sayap parti, kata Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, tidak timbul soal tidak ada pertandingan bagi jawatan-jawatan tertentu dalam pemilihan UMNO.

“Saya bersama Datuk Seri Hishammuddin secara berlapang dada dan berfikiran terbuka mahu supaya jawatan ini ditandingi oleh sesiapa sahaja yang berkelayakan dan mengikut peraturan yang telah ditentukan.”

“Kami juga telah diberi pertanggungjawaban dan amanat untuk menyelesaikan beberapa permasalahan dan isu-isu yang sedang dihadapi sekarang ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, di Menara Dato’ Onn hari ini.

Jelasnya, MT juga telah mengambil keputusan supaya ahli-ahlinya diberikan tanggungjawab untuk menjaga bahagian-bahagian tertentu dengan turun ke bawah bertemu kepimpinan di bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan di bahagian berkenaan.

“Jawatankuasa bertindak ini akan dipengerusikan oleh Tan Sri Annuar Musa dan beliau akan melakukan penyelarasan terhadap aktiviti ini.”

Kemudiannya, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah memaklumkan bahawa tarikh persidangan tahunan Cawangan dan Pergerakan sayap Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO bermula Sabtu, 19 Mei 2018 sehingga Ahad, 10 Jun 2018 sementara di peringkat bahagian pada Sabtu, 30 Jun 2018.

Katanya, ahli-ahli UMNO yang ingin bertanding boleh mendaftar secara ‘online’ bermula 1 Jun 2018 (Jumaat) dan pencalonan akan ditutup pada 17 Jun 2018 (Ahad), jam 5.00 petang bagi semua peringkat pemilihan MT, bahagian dan pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Jelasnya lagi Jawatankuasa pemilihan yang dibentuk di peringkat bahagian juga akan berfungsi di semua peringkat pemilihan sepanjang proses pemilihan berlangsung. – MediaUMNO

Recent Posts

UMNO Sabah Sambut Baik Pemberian Kuasa Autonomi

KOTA KINABALU, 25 Sep - UMNO Sabah menyambut baik pemberian  kuasa autonomi  yang telah diberikan oleh UMNO Pusat, kata Pengerusi…

4 hours ago

UMNO Yang Tidak Bertanding, Mengapa Guan Eng Yang Gundah Gulana?

KUALA LUMPUR, 25 Sept. – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid melahirkan rasa sangat hairan mengapa Setiausaha Agung Dap,…

8 hours ago

Annuar Musa Kupas Episod Baru Perjuangan UMNO Malam Ini

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa  akan tampil bersiaran secara langsung pada malam…

9 hours ago

Langkah BN Boikot PRK Port Dickson Tepat – Nazir

KUALA LUMPUR, 25 Sep - Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Husin hari ini menzahirkan penghargaan kepada pucuk…

10 hours ago

UMNO Sabah Dengan Kuasa Autonomi – Ahmad Zahid

KOTA KINABALU, 25 Sept - UMNO Sabah mohon diberi kuasa autonomi, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

11 hours ago

Sultan Johor Murka Ahli Majlis Guna Bahasa Cina Dalam Surat Rasmi

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini murka dengan dengan tindakan seorang Ahli Majlis…

11 hours ago

Terima Kasih Atas Sokongan Anda