Wanita UMNO Hargai Pengorbanan Anggota Badan Beruniform – Shahrizat Jalil

Pergerakan Wanita UMNO Malaysia hari ini meraikan 3,000 anggota beruniform yang terdiri daripada 13 agensi dalam program Jalinan Ramadhan 2017.

Program yang masuk tahun ke -9 ini adalah bertujuan menghargai jasa-jasa pasukan beruniform yang banyak berjasa kepada negara dan terpaksa bertugas di musim perayaan.