Wala’ Kepada Institusi Kepimpinan Kunci Perpaduan dan Kekukuhan UMNO – Idris Haron

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron menegaskan sikap wala’ terhadap pemimpin merupakan kunci kepada kekuatan UMNO yang akan menjadikan parti ini lebih kukuh dan utuh dalam menghadapi apa juga cabaran terutamanya berdepan pilihan raya umum ke-14 akan datang.