UMNO Kekal Kuat Kerana Sentiasa Berjuang Untuk Rakyat

KUALA LUMPUR, 11 Mei – UMNO kekal kuat sehingga ke hari ini kerana ia sentiasa berpegang kepada asas perjuangan parti yang berpaksikan Islam, Melayu dan Bumiputera untuk seluruh rakyat di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Perdana menteri yang juga presiden UMNO itu menegaskan bahawa sejak penubuhannya, parti yang sudah berusia 71 tahun itu juga sentiasa relevan dengan dasar perjuangan yang sesuai dengan zaman selain mempunyai visi dan tindakan untuk memajukan bangsa dan negara.