UMNO 71 Tahun: ‘Sami’na wa ‘Ato’na’, Prinsip Yang Perlu Dihayati – Ahmad Zahid Hamidi

PUTRAJAYA, 10 Mei – Setiap ahli parti wajar menghayati pesanan pemimpin-pemimpin terdahulu, iaitu ‘sami’na wa ‘ato’na’ yang juga menjadi pegangan dan amalannya sejak dahulu lagi, ujar Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, terdapat dua prinsip yang beliau pegang hingga kini berdasarkan kepada pesanan tersebut.