Tokoh Melayu Terbilang 2017 – Tan Sri Yusuf Latiff

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Keperitan yang dirasai dalam zaman penjajah terutamanya semasa pendudukan Jepun telah memberi kesedaran kepada bangsa Melayu termasuklah Tan Sri Mohd. Yusoff Latiff yang telah dinobatkan sebagai Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2017.

“Sejarah perjuangan UMNO tidak boleh dibiarkan luput begitu sahaja dan oleh sebab itu, saya pegang kepercayaan bahawa mana-mana pihak yang memaki UMNO boleh dianggap ‘berdosa’ kerana tidak menghargai pengorbanan ‘ibu’ yang telah menyelamatkan kita suatu ketika dahulu,” katanya dalam temubual eksklusif bersama UMNO-Online.