Tokoh Melayu Terbilang 2017 – Tan Sri Napsiah Omar

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2017, Tan Sri Napsiah Omar meminta orang Melayu khususnya anak muda hari ini untuk mengenang perjuangan UMNO dengan memastikan kekukuhannya berterusan.

“UMNO ini terlalu banyak jasanya kepada orang Melayu, kepada kita semua jadi saya berharap agar perjuangan UMNO tetap diteruskan dan menghayati dengan menghidupkannya, memastikan kewujudannya,” katanya.