Tokoh Melayu Terbilang 2017 – Tan Sri Hanafiah Hussein

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Tan Sri Hanafiah Hussain, 90, yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-71 amat menghargai pengiktirafan yang diberikan kepada beliau.

Tambah beliau, anugerah yang diterima adalah nikmat dan rahmat dari Allah SWT serta percaya semuanya atas sumbangan beliau di dalam membangunkan negara, di bawah naungan UMNO.