Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Setiausaha Agung UMNO Malaysia,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa kerajaan yang sedia hari ini merupakan satu kerajaan yang amat prihatin dan sentiasa berusaha untuk memberikan keselesaan kepada rakyat, dan bukanlah sebuah kerajaan yang hanya tahu memikirkan bagaimana untuk memenangi pilihanraya umum sahaja.

Menurut beliau, pemimpin di dalam UMNO dan juga Barisan Nasional bukanlah terdiri daripada ahli-ahli politik yang hanya tahu memikirkan bagaimana untuk memenangi pilihanraya sahaja, tetapi merupakan sebuah kerajaan yang sentiasa memikirkan masa depan rakyat dan negara sejak lebih 60 tahun dulu.