Rumah Terbuka UMNO 2017

Dijangka hampir 70,000 orang bakal memeriahkan Majlis Rumah Terbuka UMNO yang bakal berlangsung pada Ahad, 16 Julai ini di Dewan Tun Razak 1 dan 2 Pusat Dagangan Dunia Putra.

Dengan bertemakan ‘Kebersamaan Pemimpin dan Rakyat’, UMNO membawa kelainan dengan pengunjung yang hadir berpeluang untuk merasai hidangan tradisi mengikut negeri-negeri.