Purata 300 Orang Daftar Ahli UMNO Sehari Satu Perkembangan Yang Luar Biasa – Najib

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Satu perkara yang menarik berkaitan pertambahan keahlian UMNO berlaku apabila ramai yang berdaftar secara peribadi terus ke kaunter di Ibu Pejabat UMNO sehinggakan puratanya mencapai sekitar 300 orang setiap hari, kata Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Ini adalah satu perkembangan yang tidak pernah kita lihat sebelum ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Ibu Pejabat parti, Menara Dato’ Onn, hari ini.