PM Semarak Semangat Serah Amanat Kepada Pendaki Puteri UMNO Ke Gunung Elbrus

Sekumpulan 6 pendaki wanita bakal menggalas cabaran membuat percubaan mendaki salah satu daripada tujuh gunung tertinggi di tujuh benua dunia, Gunung Elbrus, Russia setinggi 5,642 meter Ogos tahun ini sebagai kemuncak projek Kempen Kembara Srikandi Prihatin oleh Persatuan Kembara Negara dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang berhasrat membawa perubahan positif dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.