Najib Sifatkan Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke 71 Sebagai Kejayaan Cemerlang

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan sambutan ulang tahun UMNO ke 71 yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei yang lalu yang dihadiri lebih 100,000 ahli sebagai kejayaan cemerlang.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli dan pimpinan UMNO yang menjayakan sambutan ulang tahun tersebut beliau seterusnya berharap kejayaan itu dapat diteruskan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.