• Panduan Dan Syarat Cabutan Bertuah Sempena Hari UMNO 71
    Kaedah Muat Turun Aplikasi Malaysia4All
    Info & Syarat Pertandingan Esei, Video Pendek #UMNO71
  • Menteri Dengan Tugas-tugas Khas : Zahid Yang Cadang Hishammuddin – Najib

    Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri selain menyandang jawatan Menteri Pertahanan, adalah atas saranan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Menurut Perdana Menteri, sebelum pelantikan itu diumumkan beliau pada Rabu lalu (12 April), ia telah dibincangkan dengan timbalannya itu yang juga Menteri Dalam Negeri selama berbulan-bulan.